Saturday, 13 February 2016

#ESCAPEPLAN : KRABI, THAILAND. (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Ok... Setelah berkurun dan bersawang blog ni, akhirnya ni la masa yang aku berkesempatan nak update. Sambil feeling2 tengok cerita Bhajrangi Bhaijan yang amatlah sedih, dan aku pon menaip sambil seret-seret menahan hingus! *hahahahaha...*

Baiklah..kita kembali ke topik asal! Cerita untuk ke Krabi ni bermula bila aku gatal tangan sevey tix flight. Saje online MAS..then ternampak tix return RM251.00 all in! Maka aku pon call la member aku yg aku kenal and berguru dengan die masa masa aku nk ke Korea dulu, iaitu Nadia Ismail.

The best part is, when I give a phone call, masa tu beliau tengah kerja! Bila aku cite psal tix murah, terus die cakap "ok! u blikan dulu, nanti i bayar balik!" aku ape lagi..memang aku bersorak gembira la! Then aku call member aku lagi sorang, Syafiq! Yang tu lagi la... Ok manjang! Semua serba serbi ok je! hahaha....

Orite..kite kembali ke cerita kita yang sebenarnya.
Setelah  aku beli semua tix flight ke Krabi tu, maka aku pon send la emel kat Nadia and Syafiq. Just their acknowledgment la kan. Senang nak rujuk nanti kekdahnya. Lepas tu nak dijadikan cerita, Nad bagitau la pada kawan dia sorang ni, nama dia Anuar Mustafa. And Anuar pon not hesitate to follow us. And the best thing is, ada lagi 2 orang gadis nak ikot jugak. So, total semua sekali peseta yang ikot adalah 6 orang! Meriah! 3 lelaki, 3 perempuan! Perghhhh.... semua havov2 pulak tu! Meriah sgt! masing-mulut kepoh plus huru-hara! *hahahaahaha...*

Ni lah manusia-manusia yang pergi tu! Me, Anuar, Syafiq, Nadia, Kak Sue, and Kak Ikin

Ready to depart?? Lets go bitch! hahaha


Maka, bermulalah perjalanan kami....
Actually, ada sedikit masalah masa nk fly tu. Seminggu sebelum fly, aku dapat emel dari MAS menyatakan yang route ke Krabi by MAS has been cancelled due to dasar penjimatan katanya, Then MAs bagi option untuk kite orang pilih either nak cancel flight or nak teruskan tapi kene transit kat Bangkok for 4 hours! Aku pon ok je! Sebab aku dan pernah sampai Bangkok dua kali kalau tak silap. So aku decide aku on je untuk transit kat krabi tu. And yang paling best, semua setuju jek pulak tu! Hahahaaha... mmg best kalau travel dengan stranger yang sekepala! Sumpah syokkk!!

Perjalanan kite org ke Bangkok xde masalah, seperti biasa sampai je airport, mesti cari wifi! Sebab nak update kat family kannnn... At least kalau jadi ape2 senang diorang semua tahu.
Ni masa kat airport Bangkok. As usual..bergambo jekla yang mampu! Menyesal sebab tak boleh keluar nk berjalan-jalan kat shopping mall die! hahaahaha... *padan muka*



Anti sosial sangat kak su and kak ikin! hahaah

Lupa nak bgtau, Anuar ni ketua kite org. Sebab semua iti die yang buat! kami follow je! Meriah orangnya!
Cepat mesra dan sangat bising! hahahaha....

See! I told u rite? Masing-masing tak sedar yang I snap pic diorang! Hahahaha.....


Selepas 4 jam tersadai kat Bangkok's Airport ni, Kite orang pon naik Thai Airways menuju ke Krabi. Tak lama mana pon, tapi best sebab dapat makan lagi dalam flight! Syok beb! Then petang tu kite orang pon sampai la ke Krabi!! Fuhhhh.... *sambil bersorak gembira!* Sebab masing-masing dah kepenatan. HAhaha....

Tadaaa..... Alhamdulillah.. Selamat mendarat di Krabi! Yeehaaa....!

Ni kenderaan yang kite org sewa dar airport menuju ke hotel kite org!

Ni maklumat pemandu. Dia kata die muslim! Sah aku tak percaya! Semua aku tanya, serbi tak tau! Sakit hati kitewww.!

Ni la hotel kite orang! Selesa, besar, dan murah! Nice!
Setelah sampai, kemas-kemas sikit ape yang patut, mandi, solat, petang tu kite orang keluar cari makan!

Ok...nanti aku sambung dalam entry seterusnya k! Lenguh jari aku menaip ni!

=)

No comments:

Post a Comment