Sunday, 1 May 2016

Pengalaman Ngeri Di Vietnam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Selalunya aku berkongsi dgn kalian cerita2 menarik dan kelakar je kan? Ye la..pasal pengalaman travel aku ni. Hahahaaha... Tapi kali ni..lain sikit. Sebab aku nak kongsi cerita yg agak seram, sedih, dan memilukan. Dan perlu korang semua igt bahawa aku tak ceritakan secara details sebab banyak hati perlu aku jaga. dan banyak nyawa perlu aku ambil kira. Penceritaan aku ini hanya sekadar perkongsian pengalaman aku dan mungkin boleh kalian jadikan sebagai pengajaran semasa travel nanti.
*** 

Kes pemuda mati di bilik hotel di Vietnam tu membuatkan aku terpanggil utk berbicara sepatah dua.
.
Pengalaman aku sendiri di Vietnam tu yg aku gelar "one night in saigon" walaupon kejadian berlaku di HCM...membuatkan aku utk lebih berhati2 semasa melancong.
.
Vietnam tak lagi selamat pada perkiraan aku. Namun ade je kawan2 aku mcm yap yg kerja kt sana... aku harap yap selamat n xde ape2 kejadian buruk yg blaku.
.
Kejadian berlaku beberapa tahun yg lepas yg mana aku berhadapan dgn maut. Selalu kite tgk tv je kan.. main tembak2..main perang2... n on that time aku rasa sendiri mcm mana muncung pistol tu berada melekat di kepala aku. Perasaan tu aku x boleh gambarkan. Yg boleh aku igt... Maut menantiku. Tu sahaja. Mcm mana aku di tengking btol2 depan muka aku, semua tu sgt menghantui aku.
.
Jujur aku katakan.. masa tu aku hanya serahkan semuanya pada Allah. Utk perompak itu... Duit USD..duit dong vietnam semua lesap. Duit ringgit lagi la.. die tinggalkan rm11 je..tu pon sebab singgit2... Anggaran kerugian masa tu hampir rm1k jugak kot. Tp apalah nk bandingkan dgn nyawa aku kan. Aku mmg redha. Amek la aku ckp.. amek semua yg kau nak. Tp lepaskan aku. Semua rundingan dan negosiasi telah aku buat. Tp demi melepaskan rakan2 yg lain..aku mengalah.. aku bertukar tempat apabila aku org pertama yg dilepaskan. Masa tu aku xtau jalan balik hotel. N kwn aku yg lg sorg tau jln hotel dan diarahkan utk cari duit utk lepas atau bebaskan kwn2 yg lain. Sbb aku blurr..
.
Masa tu..kekuatan yg aku ada hanyalah sepotong ayat kursi. Alhamdulillah.. aku masih hafal..x sia2 kena berdiri atas meja masa skolah dulu.. huhu. Aku baca semua ayat lazim yg aku hafal.. 3 qul..4 qul.. semua aku baca... Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.. degup jantung aku mmg dh x stabil. Rasa nk rebah..rasa nk melalak..tp tiada air mata.
.
Aku yakin..Allah beri aku peluang.. bila aku ckp aku akn replace tempat aku dgn kwn aku yg tau jalan ke hotel..and aku bgtau apa yg ptt.. Perompak or pengacu pistol yg ada 3 org..serta 2 org berparang panjang terus setuju. Namun berpatah balik!! Dan terus tolak kami semua keluar. Sambil jerit kasar..get out!! Ko ghase?? Masa tu Allah je yg tau perasaan aku.. kami naik taxi..balik hotel.. n smpai dlm bilik hotel..aku menangis semahunya... Solat taubat.. dan esoknya hari aku suram! Aku x sabar balik Malaysia!
.
Bertahun lamanya.. pengalaman ni aku hanya kongsikan dgn sahabat terdekat dan ahli keluarga sahaja. Sbb terlalu byk perkara aib yg tak boleh aku ceritakan. Kerana terlalu byk hati perlu aku jaga.
.
Kini.. aku ceritakan pada kalian. Bukan utk meraih likes..tp utk peringatan bersama. Utk pengajaran bersama. Utk kau dan aku sama2 igt mengingati.
.
*Sesungguhnya..saat pistol itu di kepala aku.. mataku hanya mampu terpejam rapat.