Friday, 19 February 2016

#ESCAPEPLAN : KRABI, THAILAND. (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t

Walau hanya berseluar "senam"...aku pedulik ape! Bukan orang kenal aku pon! Hahaha...

Ok..korang nampakkan pic atas tu? Tu pic lepas sampai, solat, makan-makan ringan sikit, mandi, terus siap keluar mencari makan dan misi mencari Banana Nutella Pancake! Aku mmg mengidam dari KLIA lagi! Hahahaha....

Alhamdulillah kami selamat mendarat dan selamat semuanya. Perjalanan untuk ke Krabi sangatlah enjoy! 
Nampak tak? Gigih beratur untuk sesuap pancake!


Berebut!! Kebulur sebab lapar! HAhahaha...
Aku memang selamatkan tekak aku dulu untuk makan apa yang aku nak! Actually, banana pan cake ni is just roti canai! Yang di slice dengan pisang, dan di curahkan coklat nutella! Ko ghase?? Nutella die memang selambak die curah kat roti kau tu! Sumpah sedap! Aku return 3, 4 kali jugak la! And it cost around 450 Bath kot! Aku tak ingat la! Tapi sedap...so ape ade hal kan! Hihihi....

Misi kami mencari makan makan diteruskan memandangkan semua dah solat jamak, zohor asar, so jamak maghrib isyak boleh la dilakukan waktu isyak kan. Jangan jadikan alasan travel untuk kau tak solat ya! 
Ok..back to cerita aku....
Menanti makanan! Lapo woi!!

Aku nasihatkan korang kalau nak makan beramai-ramai tu, kene sepakat. Sebab travel backpackers ni sangat la perlu berjimat-cermat. Kenapa? Sebab kat tempat orang, bukan mudah kau nak buat transaksi kewangan! (skema syialll ayat aku!) Macam aku, kite orang semua sepakat makan yang pakej atau yang boleh makan ramai-ramai. Dan aku bersyukur sebab travellmates aku semuanya memahami dan sporting! Aku allergy seafood. So diorang oder tomyan ayam, telur dadar, sayur ape nth..n minum air fresh oren je. Oder satu jag terus! Mudah kan?! Then bayar tu nanti tong-tong la... Even ade yang makan tomyam seafood, takpe, kite bayar je sekali. Sebab tolong la jangan berkira. Susah kalau berkira dgn travelmate sendiri! Sesungguhnya, aku sangat la beruntung sebab aku bertravel dengan manusia-manusia yang sangat la baik dan langsung tak berkira. I love them all!

Ok.. selesai makan, kite orang pon berjalan la di sekitar Ao Nang. Seronok beb! Sebab ko boleh nampak pelbagai budaya dan manusia. Aku nk pegi massaga kaki! Sebab orag kata, massage kaki kt krabi ni best! Dan paling penting...MURAH!
Tempat wajib untuk bergambar! Tugu katanya! But still, aku pula nak bergambar kat sini!! Ciss!!!

Cari abang ni! Pakej Island hoping die murah woi!

Orite, selesai makan malam, dan usai berpusing-pusing kat pasar malam tu, kite orang mencrai pakej untuk Island Hoping esok hari. 

Sedikit tips untuk korang yang nk ke Krabi ni... Masa dari airport ke hoel korang (kalau korang stay kat Ao Nang la)... ko jangan sekali-sekali tanya dengan driver taxi or van yang bawak korang tu. Sebab die akan tunjuk tempat yang ade pakej mahal2 nak mampos yang harganya 2x ganda! Sumpah wei! Sakit hati kitewww! Sebaiknya, korang tunggu sampai Ao Nang. Kat tepi2 jalan tu bersepah orang jual pakej and trusted! So aku cadangkan abang baju pink tu la. Sebab dia boleh dipercayai dan harganya sangat la berpatutan!

Baiklah pembaca-pembaca semua, aku sambung kat entry yg lain ya untuk trip Island hoping kami tu. Penat menaip.

Adios~~~~
*peace*

Saturday, 13 February 2016

#ESCAPEPLAN : KRABI, THAILAND. (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t.

Ok... Setelah berkurun dan bersawang blog ni, akhirnya ni la masa yang aku berkesempatan nak update. Sambil feeling2 tengok cerita Bhajrangi Bhaijan yang amatlah sedih, dan aku pon menaip sambil seret-seret menahan hingus! *hahahahaha...*

Baiklah..kita kembali ke topik asal! Cerita untuk ke Krabi ni bermula bila aku gatal tangan sevey tix flight. Saje online MAS..then ternampak tix return RM251.00 all in! Maka aku pon call la member aku yg aku kenal and berguru dengan die masa masa aku nk ke Korea dulu, iaitu Nadia Ismail.

The best part is, when I give a phone call, masa tu beliau tengah kerja! Bila aku cite psal tix murah, terus die cakap "ok! u blikan dulu, nanti i bayar balik!" aku ape lagi..memang aku bersorak gembira la! Then aku call member aku lagi sorang, Syafiq! Yang tu lagi la... Ok manjang! Semua serba serbi ok je! hahaha....

Orite..kite kembali ke cerita kita yang sebenarnya.
Setelah  aku beli semua tix flight ke Krabi tu, maka aku pon send la emel kat Nadia and Syafiq. Just their acknowledgment la kan. Senang nak rujuk nanti kekdahnya. Lepas tu nak dijadikan cerita, Nad bagitau la pada kawan dia sorang ni, nama dia Anuar Mustafa. And Anuar pon not hesitate to follow us. And the best thing is, ada lagi 2 orang gadis nak ikot jugak. So, total semua sekali peseta yang ikot adalah 6 orang! Meriah! 3 lelaki, 3 perempuan! Perghhhh.... semua havov2 pulak tu! Meriah sgt! masing-mulut kepoh plus huru-hara! *hahahaahaha...*

Ni lah manusia-manusia yang pergi tu! Me, Anuar, Syafiq, Nadia, Kak Sue, and Kak Ikin

Ready to depart?? Lets go bitch! hahaha


Maka, bermulalah perjalanan kami....
Actually, ada sedikit masalah masa nk fly tu. Seminggu sebelum fly, aku dapat emel dari MAS menyatakan yang route ke Krabi by MAS has been cancelled due to dasar penjimatan katanya, Then MAs bagi option untuk kite orang pilih either nak cancel flight or nak teruskan tapi kene transit kat Bangkok for 4 hours! Aku pon ok je! Sebab aku dan pernah sampai Bangkok dua kali kalau tak silap. So aku decide aku on je untuk transit kat krabi tu. And yang paling best, semua setuju jek pulak tu! Hahahaaha... mmg best kalau travel dengan stranger yang sekepala! Sumpah syokkk!!

Perjalanan kite org ke Bangkok xde masalah, seperti biasa sampai je airport, mesti cari wifi! Sebab nak update kat family kannnn... At least kalau jadi ape2 senang diorang semua tahu.
Ni masa kat airport Bangkok. As usual..bergambo jekla yang mampu! Menyesal sebab tak boleh keluar nk berjalan-jalan kat shopping mall die! hahaahaha... *padan muka*



Anti sosial sangat kak su and kak ikin! hahaah

Lupa nak bgtau, Anuar ni ketua kite org. Sebab semua iti die yang buat! kami follow je! Meriah orangnya!
Cepat mesra dan sangat bising! hahahaha....

See! I told u rite? Masing-masing tak sedar yang I snap pic diorang! Hahahaha.....


Selepas 4 jam tersadai kat Bangkok's Airport ni, Kite orang pon naik Thai Airways menuju ke Krabi. Tak lama mana pon, tapi best sebab dapat makan lagi dalam flight! Syok beb! Then petang tu kite orang pon sampai la ke Krabi!! Fuhhhh.... *sambil bersorak gembira!* Sebab masing-masing dah kepenatan. HAhaha....

Tadaaa..... Alhamdulillah.. Selamat mendarat di Krabi! Yeehaaa....!

Ni kenderaan yang kite org sewa dar airport menuju ke hotel kite org!

Ni maklumat pemandu. Dia kata die muslim! Sah aku tak percaya! Semua aku tanya, serbi tak tau! Sakit hati kitewww.!

Ni la hotel kite orang! Selesa, besar, dan murah! Nice!
Setelah sampai, kemas-kemas sikit ape yang patut, mandi, solat, petang tu kite orang keluar cari makan!

Ok...nanti aku sambung dalam entry seterusnya k! Lenguh jari aku menaip ni!

=)