Wednesday, 2 July 2014

TIPS MELANCONG KE LUAR NEGARA

Assalamualaikum w.b.t

Hai peeps....sorry la lama tak hapdate! (macam la ade readers!! ) Puiihhh...hahaha

Ok2..dalam entry kali ni aku nak share kat korang semua pasal :Tips Melancong Keluar Negara.

1.Pastikan sebelum anda bercuti anda mempunyai PASSPORT yang masih sah tempoh. Jika PASSPORT anda tempoh sahnya kurang daripada 6 bulan. Anda diwajibkan untuk memperbaharui PASSPORT anda di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda. Jangan pandang remeh ya.

2.Pastikan pakej pelancongan ke destinasi yang hendak di tuju anda sudah ditempah terlebih dahulu.

3.Pastikan wang tunai mencukupi dan tukar mata wang mengikut matawang negara yang akan anda lawati. Jika anda memiliki Kad Kredit/Debit daripada Bank Tempatan. Sila maklumkan kepada pihak bank anda mengaktifkan kad kredit/Debit anda untuk kegunaan diluar negara Maklumkan Tarikh dan tempoh serta tempat yang anda akan lawati. Tujuan nya bagi mengelakkan transaksi diluar jangka dan kad kredit/Debit akan disekat jika tidak dimaklumkan kepada pihak bank terlebih dahulu.

4.Kad ATM boleh juga digunakan untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara. Tetapi sila semak dahulu dengan pihak bank anda samada Kad ATM anda boleh atau tidak untuk mengeluarkan wang tunai ketika berada diluar negara.

5.Telefon bimbit amat berguna sekali ketika melancong keluar negara sila aktifkan ROAMING. ini memudahkan anda berhubung. Cara lain, sila bawa telefon bimbit lebih dan beli simkad di negara anda lawati. Jangan lupa anda hubungi keluarga anda atau sahabat anda apabila sudah sampai di negara yang dilawati. Jangan lupa ya bagi no telefon bimbit anda.

6.Sebelum keluar negara pastikan anda sentiasa sihat ini mengelakkan percutian anda terganggu dengan keadaan yang tidak sihat. Bagi mereka yang menghidap sakit asma, darah tinggi, kencing manis, kolestrol atau sebagainya bekalan ubat hendaklah mencukupi.Supaya percutian anda tidak terganggu.

7.Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.

8.Sila patuhi undang-undang ketika berada dinegara yang anda lawati.

9.Maklumkan kepada jiran anda bahawa anda akan bercuti dalam tempoh beberapa hari. Bagi mengelakan perkara yang tidak diingin berlaku ketika anda bercuti.

10.Bawa Kamera untuk merakam aksi anda ketika bercuti sebagai kenangan. kongsi lah dengan kawan-kawan atau keluarga anda.
Paling penting bawa balik Ole Ole untuk sahabat handai tau...

Tuesday, 17 June 2014

BANGKOK, THAILAND (Day 3)

Salam sejahtera.

Bertemu kembali dalam entry terbaru untuk hari ini. Ok..dalam entry kali ni memang aku akan bagi korang yang simple dan mudah untuk korang access tempat-tempat yang patut korang lawati kalau berkunjung ke Bangkok, Thailand. 

Antara tempat yang WAJIB korang pergi adalah :

-Floating Market-  Kalau korang ingat, aku pernah cerita dalam entry sebelum ni pasal floating market kan? Yang tu dekat Pattaya. Tapi kali ni aku nak bawak korang semua ke Mekong River. Ok...Sungai Mekong. Kalau korang nak tau, Mekong river ni kan menghubungkan beberapa negara termasuk Vietnam dan Thailand ni...nak tahu lebih lanjut, please ask Mr. Google..he know everything! Ahaks! Dekat floating market ni, korang boleh melihat kesibukan sungai yang padat dengan sampan-sampan manusia yang berniaga segala macam hasil. Memang menarik! Sebab kat Malaysia korang takkan jumpa. Kalau korang jumpa kat Sungai Mengkibol tu memang terbaik la! hahahaa....

Aku merasa jugak la naik sampan tu. Sebab dah masuk dalam pakej kan. So, rugi la kalau tak naik! Sepanjang menyelusuri sungai tu, korang akan menyaksikan aktiviti harian masyarakat di situ yang menjadikan sampan sebagai pengangkutan utama. No boat ok! Jangan nak merepek! Macam-macam barang yang diorang jual untuk menampung hidup. Kenapa aku cakpa macam-macam? Sebab sampai 1 tahap, korang akan nampak orang jual daun terup! Sakai giler aku tengok! Tu ok lagi, jual lipas, cengkerik, belalang and the other insects also there. Kita jangan kecam mereka. Kerana itu yang mudag untuk didapati. Ko ghase??




*Ni semua adalah gambar-gambar yang aku captured semasa menyelusuri sungai tersebut*

Selesai menyelusuri sungai Mekong, Thailand, kami semua di bawa untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran halal. And once again I'm forgot the name of restaurant. So sorry guys.

Pada waktu malam, kami dibenarkan membuat aktiviti bebas. Dan korang rasa apa yang aku buat? Aku pegi kedai-kedai makan yang ada wifi, aku online. Sebab aku perlu berwassap dengan family aku! Ye la...esok dah nak balik, harus aku tanya ada apa-apa lagi tak yang diorang nak kirim? Baik tak aku? hihihi...

Dan malam tu jugak aku pergi ke tempat-tempat berikut!

The Platinum- Apa yang ada kat sini?? Mall fashion u ollz! dah nama pon mall fashion kan...so for sure la berlambak-lambak fashion yang ada kat sini! And to be honest, aku rambang mata! Aku habiskan masa sampai mall ni tutup! Ko ghase?? Apa yang aku dapat? Dapat penat! Sebab berjalan..and bergaduh dengan abang aku! Mana taknya..aku ke tempat lain, dia ke tempat lain. Lepas tu lost! Aku gelabah wei! Sebab tempat ni bukan tempat kite kan! So macam-macam boleh jadi ok! Tapi aku sempat jugak la sambar hand bag untuk kakak aku, kasut untuk aku, dan neck tie untuk souvenir pada housemates dan kawan-kawan yang lain.




*Disebabkan keadaan aku bekerja memerlukan aku untuk bertali leher, ko ghase aku beli tak? Giler tak beli!! Aku beli banyak kottt!! Siap dapat free lagi sebab beli banyak! hahaha....*


*Actually...masa amek gambo ni pon, dah start bertekak! Hihihihi...*

Finally, aku dah habiskan tugasan aku untuk update pasal Bangkok, Thailand ni. Makanya, korang boleh la berjalan-jalan ke sana ok. Tapi tu la kan, untuk jangka masa sekarang ni, keadaan politik kat sana memang sangat tak sesuai untuk korang lawati. Memang jadi ayam la korang nanti! Hahaha....

Next, insyaAllah..aku akan update pasal Vietnam pulak kalau ada masa k....

Adios...samiego!
Merci~

BANGKOK, THAILAND (Day 2)

Assalamualaikum readers....

Ok...now pakcik nak sambung dan ringkaskan cerita perjalanan pakcik ke Bangkok. Penat weyyy nak menaip!

Ok...antara tempat-tempat yang korang boleh lawati kat Bangkok tu adalah termasuk MBK Centre (kalau tak silap aku, MBK tu stand for Mong Bok Krong....kalau TAK silap la..)

*inilah MBK yang aku cakap tuuu*

Fine. Korang semua mesti nak tau kan apa yang ada dalam bangunan ni! Sumpah!! Korang akan kepenatan kalau korang hanya di berikan masa 2 jam sahaja! Tapi aku request 4 jam! hahaha...kenapa? Sebab aku pernah habiskan masa 2 jam untuk cari kasut raya aku sahaja! So, pada aku, 4 jam tu pon sebenarnya belum tentu cukup! Wakkaakakakakaa....

Dalam bangunan ni, ada banyak benda yang korang semua boleh beli! antaranya? Antaranya adalah kain, kain, dan kain! Hahaha... Tapi takde la semua kain...ye dak?! 

 *nampak makcik yang duduk itu? Beliau bukan penjual ya! Beliau ibu-ibu kami...hihi*

*korang kena pandai tawar-menawar! Diorang ni bukan paham bahasa Inggeris pon! Sakit tekak berlawan*

Tadaaa...nampak tak permainan dia? Hahaaha... bukan main lenguh lagi kaki kawwww nanti tau tak! Sebab apa? Sebab penat berjalan. Fyi, aku sempat sambar 5 pasang sutera Thai untuk aku hadiahkan pada kakak, kakak ipar, makcik,atok mak dan kekasih hati! Hehehe... Aku berani cakap, MURAH! Kualiti kain dia pon ok la...kira terbaik jugak der! Memang sesuai kalau korang nak buat hantaran. Cuma, sutera kan..kena pandai jaga.

* * * * * 
(Bee Farm)

Sekarang kita beralih pula ke tempat lain. Ok? Kali ni aku nak membawa korang semua ke tempat yang lebih menyeronokkan..tapi maca 2 3 ronok jugak la. Aku nak bawak kalian ke Bee Farm. Kat mana tu? Masih kat Bangkok jugak!
*Masa aku pegi ni, aku tengah sakit, so mulut aku senget sikit masa senyum...hihih*

*Actually, menatang tu panggil aku untuk bergambar bersama beliau. Aku tak nak pon..tapi kesian kannn*

*Tadaaaa....(madu die mahal ok! Aku tak mampu beli! Mampu bergambar sajorkk!*

So? Amacam? takde la best sangat pon kat Bee Farm ni...hahahahaha....tapi kalau nak rasa love bites, apasalahnya kan! Hahaha...


* * * * * 
(Thai Cultural Show House)

Dah puas berlebah bagai, sekarang kita saksikan pula binatang-binatang di Zoo pula! Jangan la kau hengat yang Malaysia sahaja ada zoo, Bangkok pon ade u ollz! Lagi mantap kot aku rasa! Hahaha...

*Nampak tak...abang aku berani sangat nak amek gambo dengan pakcik belang tu! Aku memang tak nak,sebab aku sayang nyawa beb! Ko rasa rimau tu nk bergambo tak? Nilaikan la sendirik k! Hahahaha.... Amek gambo dengan rimau ni bukan free ok! Bayo!*

*Ni depan pintu masuk untuk ke Zoo itu! Bukan zoo la...Thai Cultural Show House*

*Ini adalah gajah! Ye, gajah! Mereka dilatih untuk buat show ni! Dan..ia sangat menarik! Ada part gajah melukis, lepastu dia jual lukisan tu! Mahal ok! Memang tak la kan kalau aku nak beli! Hihihi..*
*Haaaaa...ni aku belanja korang sikit! Hahaaha...secara tak sengaja, aku telah menarik perhatian orang-orang sekeliling tu sebab aku menjerit sekuat hati! Tapi sangat berbaloi walaupon kena bayar, tapi aku puas hati! Merasa la jugak naik gajah kan! hhihi*

Aku dah penat menaip! Bagi aku rest kejap. kang aku sambung dalam entry lain. Untuk hari ke 3. Final day..kot..



Friday, 13 June 2014

BANGKOK, THAILAND (Day 1 Part 2)

Assalamualaikum w.b.t

Ok..kali ni aku nak sambung entry aku ni about our 1st day at Bangkok (masih 1st day ok!), Thailand atau dalam bahasa sejarahnya, negara Gajah Putih. (sebenarnya ni masih hari pertama tau)

Macam yang aku cerita dalam previous entry sampai-sampai je Bangkok, kami terus di bawa untuk bakan tengah hari. Actually kami semua telah bersarapan Nasi Lemak Pak Nasir masa dalam flight. Ko mampu nak sarapan atas awan? Wahahaaha.. *jangan carutkan saya*. Kami semua di bawa ke restoran halal Al-Hilal. To be honest, makanan Thai ni sangat la sedap! Especially tomyam die! Perghhhh!!! Sumpah kawwwww! TETAPI...disebabkan aku allergy dengan seafood, maka aku pon makan ala kadar je! But yang lain-lain seperti telur dadar, ikan kerisi besar dinosaur tu aku makan dengan bersungguh-sungguh. Ko giler!! Sedap kot! hahaha...
 
*Restoran Halal Al-Hilal*

See? Cantikkan restoran die? Nice la...kire ok la untuk santapan kalau korang nak feeling2 makan kat sempadan kan! haha... Harga makanan kat sini, korang tak payah la tanya aku. Sebab aku pon tak tau harga dia berapa! haahaha...Sebab semua dah termasuk dalam pakej yang kite orang amek! Dan paling penting sangat tidak menghampakan! Yes!
*Ini lunch kami. Maaf la, sebab dah habis makan baru aku tersedar untuk amek gambo!*

By the way, aku terlupa sesuatu. Kami sampai di Bangkok tu hari Jumaat. And sebagai seorang Muslim, solat itu wajib! Ye, WAJIB! Maka kami semua (yang lelaki) sempat la menunaikan soalat jumaat di salah sebuah masjid di bandaraya itu. Dan pertama kali dalam hidup aku, aku solat jumaat kat tempat letak kasut. Kenapa? Sebab terlalu ramai jemaah pada masa itu. Dan makmum sebelah aku adalah seorang yang bertatu penuh di lengan beliau! Ye, bertatu! Tatu tu korang tau ke tak?? yang bercorak bagai tu la! gambo naga lagi u ollz!! (lepas aku sembang-sembang, rupanya dia mualaf...See? ISlam itu mudah dan indah kan?)

Usai solat jumaat, kami semua bersiap siaga untuk ke tempat seterusnya. Di mana? Aku pon lupa nama tempat tu! hahaha....tapi sekali lagi kami di bawa untuk makan. Pulut mangga!! Sangat lemak manis dan mengiurkan! Sedih sebab tak boleh tambah!! Kecewa sebab meja sebelah sapu bersih mangga tu! Sisa pon tak de! Agaknye diorang jilat pinggan tu skali kot! Cissss!!!
*Restoran ini terletak bersebelahan masjid*

*Ni nama restoran tu...ko ghase?*


*Dan ini sangat menarik perhatian! Korang tengok la motor dia! Buat meniaga kebab je u ollzzz!! Abg aku pon pakai motor ni sebbulan sekali je bawak pegi opis! Oppss...*

Ok..aku nak cerita sikit la pasal pakcik kebab motor kuning tu! Ada la sorang officer aku ni, sembang-sembang kencang dengan pakcik tu, katanya ada sedara-mara kat Melaka. Korang percaya ke? Kalau tanya aku, memang aku LANGSUNG tak percaya! Kenapa? Sebab dia cakap yang die dah 13 tahun duduk Malaysia...duduk Melaka ok! Aku cakap la...Muar dengan Melaka tu takde la jauh mana pon kan! Namun...pakcik tu sepatah haram pon tak reti cakap melayu! Ko ghase??? Tertipu tak? Lepas tu asek usya aku suruh beli kebab die! Tak nak aku! Kenapa?? *maaf..memang aku tak boleh cerita..aib.*

*****

Sekarang....acara yang aku memang tak sabar nak story mory mak jemah! PATTAYA FLOATING MARKET atau TALADNAMSIPAK. Tempat ni paling aku suka bangat! Kenapa? Meh aku cerita! hehehe... Kalau korang pernah ke vietnam, korang akan rasa menaiki bot tambang yang di dayung oleh mak lampir. Tapi di pasar terapung ni, korang berada di atas air untuk ke tempat shopping diorang! Kat sini sempat jugak la aku sambar souvenir untuk di bawa pulang ke Malaysia.

*Gua ngan abang gua yang kene paksa untuk amek gambo! Sakit hati titewww*

Kat Floating Market ni, korang kena pandai-pandai nak hidup kalau nak barang murah! And as usual, please la!!! Please take care all of your things!! Handbag tu tak payah la nak coach sgt! Tak payah la nak LV ke..Bonia ke..pakai je la jenapa power ke, tat sing ke, yg penting bukan yang mahal-mahal! Sebab diorang akan perhatikan dress up korang tau! Ok. Kat sini aku beli fridge magnet. Sebab macam biasa la kan..kalau pegi mana-mana (even Melaka) mesti korang beli fridge magnet kan? Ye la...paling tidak pon untuk ole-ole pada sedara mara! Aku sempat jugak la sambat beg-beg comel dan kecik-kecik untuk my nieces and sister in law. Paling penting...kena pandai tawar menawar! Aku puas hati sebab semua yang aku tawar, memang aku dapat! And murah! sebab tu ramai yang sakit hati dengan aku sebab aku akan tawar menawar sampai macam nak bergaduh! Hahahaha...

Tapi aku takde la sampai berhabis duit kat sini untuk bershopping sakan kan! So aktiviti seterunsya bersambung pada waktu malam.

Kami telah di bawa untuk check-in hotel (sekali lagi aku lupa nama hotel tu). Agak lewat petang jugak la. Seperti biasa, lepas check in, aku ngan abg aku terus masuk bilik, solat qasar, then baring sampai malam sebelum di bawa ke makan malam. 
Selesai makan malam, kami semua berjalan-jalan (menaiki bas) menuju ke pusat bandar! MasyaAllah, aku takot sangat. Mana taknya...ko ghase ko selesa tak kalau ko tengok manusia-manusia tak cukup kain datang meleset-leset kat ko... Kussss semangat! *aku bukan baik, tapi aku takot untuk jadi jahat* Got it?

*Ada tarian tiang di situ*

*Di kesibukkan kota Bangkok..semak!!*

 Sejujurnya, banyak perkara-perkara yang kurang enak dan kurang elok berlaku pada waktu malam dan ada perkara yang melibatkan ahli rombongan kami! Sentap! Namun aku tak nafikan bahawa aktiviti waktu malam di Bangkok ini sangat meriah! Meriah kenapa? Sebab malam diorang hidup! Segala aktiviti diorang buat! Aku yang seram! Namun pada aku, di mana bumi dipijak. Di situ langit dijunjung! Yang penting, pandai bawa diri, ingat halal haram dan ingat dosa pahala! Walaupon jauh dari anak bini, tapi, Allah sentiasa ada!

Aktiviti shopping aku tak meriah sangat malam ni. Sebab aku just kongsi duit dengan abang aku untuk beli simkad Thai untuk call manusia-manusia kt Malaysia ni! Hahahaaa.... Tapi ade jugak la aku beli souvenirs comel-comel untuk diri aku..maklumla..aku pon comel gak! Hahahaa.....

Alright readers...day 2 will menyusul next!
*Penat menaip*





BANGKOK, THAILAND (Day 1)

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera, salam 1Malaysia....

Ok...seperti yang aku janjikan, aku nak kongsi dengan korang pasal Bangkok! yeeehaaa.....
Actually, aku pergi Bangkok ni last year. Bersama rombongan office tempat aku mencari nafkah zahir!
As usual, aku pergi ni pon sebab aku yang menguruskan trip kali ni (actually, kebanyakkan trip or pakej luar negara, aku yg uruskan..hehe..) So, akan ade la advantage untuk aku konon-kononya! Ahakzz! Bak kata pakcik Mail, rezeki jangan ditolak! Ye dak..hahaha.

Meh aku ceritakan kat korang k! 

Perjalanan ke Bangkok bermula dari berkumpulnya semua peserta di office aku (tak boleh nyatakan ye). Kami berkumpul sekitar jam 1.00 pagi. Ye PAGI! sebab nak memudahkan urusan check in kat kaunter AirAsia. Memang waktu tu aku hanya berpakaian seperti seorang pakcik yang bangun tidur untuk keluar menoreh! Ko ghase??! OK...perjalanan kami dari Muar meujun ke Tol Tangkak (sebab kene pick up bos dgn abang aku kt sana) lepas tu kami menuju ke RnR Seramban (sebab nak sarapan kott..) dan kemudian terus ke LCCT. Kami sampai sekitar jam 3.00-4.00 pagi jugak kot! Maka berpeleseranlah kami sekumpulan di LCCT tu! Ibarat Bangla pulang di hari raya!

Setelah sampai dan asingkan luggage, agen yang bawa kami tu mengingatkan kami untuk sentiasa berada dalam kumpulan. Ini bagi memudahkan proses pencarian peserta kot-kot la hilang tiba-tiba kan! 
*sebahagian peserta*

Bayangkan, kami sampai dengan muka tak berapa nak mandi, lepas tu beratur dalam keadaan penat woi! Aku rasa kan...semua trip grup aku, memang macam ni kot! *big sigh*~~~
Move on...penerbangan kami ke Bangkok sangat la smooth..tiada sebarang angin halilintang or apa-apa jek la yang boleh mengganggu gugat. Alhamdulillah.... =)

*dah sampai airport Bangkok! Kutip luggage!*

Kami mendarat lapangan terbang Bangkok, iaitu Don Mueang International Airport dan terus di bawa berjalan dengan menaiki bas oleh pemandu pelancong yang setia menunggu kedatangan kami! Ke mana kami di bawa? Tungguuuu......

Thursday, 12 June 2014

Kenapa TRAVELVACAY?

Assalamualaikum w.b.t.
Hai everyone! Actually ni bukan lah blog yang baru bagi aku (ni yang kedua, sebab yang pertama tu aku lupa password..hahha).

OK..dalam entry ni aku cuma nak bagitahu..kenapa nama blog aku "TRAVELVACAY"? hehehehe....
Pertama: Sebab aku nak letak nama travelmaker..tapi dah ade orang lian dah guna dulu nama tu! *ciss!*
Kedua: Aku nak jugak nama "travel" tu sebab memang aku akan abadikan blog ini untuk aktiviti percutian aku SAHAJA! *ko ghase??
Ketiga: TRAVELVACAY adalah gabungan travel+vacation, maka terhasillah travelvacay.... *jangan tanya aku mana datang vacay tu. Sebab yang aku perasan dalam post2 kat fb tu... "my vacay...my vaccay...my holiday." macam-macam lagi la! So aku folo the trend! Ahaks!

Done! Dalam entry akan datang, aku akan ceritakan pasal previous holiday aku! Bukan niataku untuk kerek or gebang! Tapi sekadar perkongsian...Sebab aku tau, tak semua orang mampu berjalan (aku lettewww) dan semua orang ade impian untuk bercuti ke luar negara (aku jugak tu)... So aku berjalan selalunya ikut bajet aku! Jimat tapi puas!

Ok darl....see you soon!! =)