Friday, 13 June 2014

BANGKOK, THAILAND (Day 1)

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera, salam 1Malaysia....

Ok...seperti yang aku janjikan, aku nak kongsi dengan korang pasal Bangkok! yeeehaaa.....
Actually, aku pergi Bangkok ni last year. Bersama rombongan office tempat aku mencari nafkah zahir!
As usual, aku pergi ni pon sebab aku yang menguruskan trip kali ni (actually, kebanyakkan trip or pakej luar negara, aku yg uruskan..hehe..) So, akan ade la advantage untuk aku konon-kononya! Ahakzz! Bak kata pakcik Mail, rezeki jangan ditolak! Ye dak..hahaha.

Meh aku ceritakan kat korang k! 

Perjalanan ke Bangkok bermula dari berkumpulnya semua peserta di office aku (tak boleh nyatakan ye). Kami berkumpul sekitar jam 1.00 pagi. Ye PAGI! sebab nak memudahkan urusan check in kat kaunter AirAsia. Memang waktu tu aku hanya berpakaian seperti seorang pakcik yang bangun tidur untuk keluar menoreh! Ko ghase??! OK...perjalanan kami dari Muar meujun ke Tol Tangkak (sebab kene pick up bos dgn abang aku kt sana) lepas tu kami menuju ke RnR Seramban (sebab nak sarapan kott..) dan kemudian terus ke LCCT. Kami sampai sekitar jam 3.00-4.00 pagi jugak kot! Maka berpeleseranlah kami sekumpulan di LCCT tu! Ibarat Bangla pulang di hari raya!

Setelah sampai dan asingkan luggage, agen yang bawa kami tu mengingatkan kami untuk sentiasa berada dalam kumpulan. Ini bagi memudahkan proses pencarian peserta kot-kot la hilang tiba-tiba kan! 
*sebahagian peserta*

Bayangkan, kami sampai dengan muka tak berapa nak mandi, lepas tu beratur dalam keadaan penat woi! Aku rasa kan...semua trip grup aku, memang macam ni kot! *big sigh*~~~
Move on...penerbangan kami ke Bangkok sangat la smooth..tiada sebarang angin halilintang or apa-apa jek la yang boleh mengganggu gugat. Alhamdulillah.... =)

*dah sampai airport Bangkok! Kutip luggage!*

Kami mendarat lapangan terbang Bangkok, iaitu Don Mueang International Airport dan terus di bawa berjalan dengan menaiki bas oleh pemandu pelancong yang setia menunggu kedatangan kami! Ke mana kami di bawa? Tungguuuu......

No comments:

Post a Comment