Sunday 31 July 2016

UNEXPECTED JOURNEY : BATAM, INDONESIA

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang semua! Cak!! (mati lerr kene carut jap lg!)

Ok...kali ni aku nak cerita pasal travel yang x sengaja ok! Siyes..tak sengaja! Sebab peristiwa ni berlaku time kau tengah sembang-sembang nak beli burger kat tepi jalan. Hahaahaha...

Baiklah...ceritanya bermula macam ni. Aku tengah on the way nak beli beger kat bandar, sebab dah lama tak makan beger kan. Then, sementara tengah tunggu beger tu siap, tiba-tiba aku dapat mesej whatsapps dari jiran sebelah rumah aku. Dia mintak aku tolong survey kan harga tiket pegi Batam, Indonesia. Then aku cakap la, ok je..Nanti aku check kan.

Nak dijadikan cerita, dia pon mendesak aku untuk cepatkan proses sevey tiket tu. Terkejut jugak. Macam desperate sangat bunyinya tu. Rupanya memang desperate pon! Sebab bos dia nak cari kain untuk buat baju batik dengan corak batik moden Indonesia! Patut la beria sangat dia nak cari kain kat sana!

Fyi, aku ni dah 2 3 kali jugak la pergi Batam tu. So takde la expert sangat. Cuma aku reti la selok belok kat sana tu sikit-sikit. Jadi, nak dijadikan cerita, kawan aku ni pon call la aku malam tu, ajak lepak makan jap. Sebab memandangkan dia pon belum makan lagi kan. So aku temankan la dia makan. Dia cakap he on his way direct from Batu Pahat to Kluang. Then he will fetch me at home and we going to have our dinner together! Not dinner actually, supper I think! Ahakz...haha..

Kita orang pon lepak la kat kedai makan tu untuk discuss pasal benda ni je! Aku pon still blur lagi sebab aku rasa macam tak percaya jek! Ye la...semua benda ni berlaku tiba-tiba. Ko ghase??

*****

Hari kejadian. 29 Julai 2016 (Jumaat)

Kite orang keluar rumah pukul 6.30 pagi waktu Malaysia. Tiket tak beli lagi. So jangkanya nk beli walk in je. Sebab hari Jumaat kan, may be tak ramai orang. Aku dengan Shamil gerak ikut jalan Simpang, berhenti isi minyak and terus gerak ke jeti Stulang Laut.

Kite orang sampai Stulang around jam 8++ pagi. Aku tengok tiket ada paling awal jam 7.20 pagi kalau tak silap. Then aku cakap kt Shamil, pegi beli tiket yg paling awal utk masa tu, so yg ada time tu jam 8.45 pagi, and boarding on 8.15 pagi. So, kite org decide amek feri kedua iaitu 8.45 pagi. Harga tiket feri untuk 2 hala is RM125.00. Tapi aku ada baca 2 3 blog ni, diorang suggest beli 1 hala dulu. Then balik nanti beli kt sana (Batam). 

Maka, harga tiket 1 hala is RM84.00 per pax. Tax inclusive and so on! (Nampak macam mahal kan kalau beli sehala. Tapi berbaloi. Nanti aku cerita kenapa k?). Tiket korang mestilah dari Stulang Laut ke Batam Central. Jangan pulak kau pegi beli ke Singapura pulak! Hahaha...
Tiket and passport.
Departure Gate.
Aku & jiran aku! We are childhood friend. Tapi dia dah anak dua! Aku?? Still single! Hahaha

Perjalanan dengan menggunakan feri dari Stulang Laut ke Batam Centre mengambil masa kurang 1 jam 30 minit. Ini adalah tertakluk kepada kelajuan feri tu dan keadaan laut. Which is kalau bergelora, padah la kau nak bawak laju-laju pulak kan! So, bergantung pada keadaan semuanya.

Kite orang sampai kat Batam Centre tu around 9.30 pagi waktu Malaysia tapi macam nak dekat-dekat pukul 10 jugak kot! Fokus kami hanya mencari kain  sahaja! Tak lebih dari itu ok! Sebab aku tau kalau aku pegi shopping! Memang jahanam duit aku! And Alhamdulillah...masa tu aku tak bawak duit banyak! Aku just bawak RM150 je! Tu pon kak long aku yg bagi! Sebab  dia nk kirim beli kain ela corak batik! Hahaahahaha....

Sampai je kat jeti Batam Centre, korang kena buat muka kekwat ok! Buat macam yang korang ni dah biasa masuk Batam so many times! So, jangan layan orang-orang yg offer korang utk naik teksi ke ape ke...ba..bla..bla...

Ni tips yg aku nk kongsikan dengan korang:
  • NO visa needed. Passport ONLY!
  • Prosedur mcm biasa, cop passport, scan muka, cop jari.
  • Sampai jeti, keluar dari terminal feri tu belok ke kiri, terus lintas jalan. Nanti korang akan nampak KFC. Depan KFC tu ada banyak angkut kota. (angkit kota ni adalah sejenis pengangkutan awam yg macam teksi tapi dia van yg boleh sumbat ramai2! Hahaaha...
  • Harga angkut ni adalah lebih murah dari teksi. Harga tambang angkut ini cuma IDR10,000.00 sahaja (RM3.20).
  • Bagi tau pada driver angkut tu "Pak, mau ke Pasar Jodoh ya pak."
  • Jangan risau, sampai Pasar Jodoh, supir tu akan bgtau..Pasar Jodoh!! Maka ko bg jek la 10ribu rupiah ada supir tu, lepas tu ko blah!
  • Oh ya..lupa nak bgtau...Angkut yang akan ke Pasar Jodoh tu adalah angkut yang berwarna PINK ya..jangan pulak kau salah naik angkut! Kang kau kene angkut kat tempat lain aku tak tau ya! Hahahaha...
  • Reminder: Dari Batam Centre ke Pasar Jodoh tu, agak jauh jugak la ye! Makan masa 10-15 minit jugak!

                         
This is what angkut looks alike. And diorang feel free utk smoking in! Harsh!

*****

Aku ulang ya, tujuan aku pegi Batam ni hanya untuk cari kain untuk buat baju batik office Shamil je! So memang tiada tujun lain! Sebab masa kita orang sangat suntuk! Aku pon tak sempat nak cari barang-barang lain! Tapi..sumpah! Aku rambang mata!!! Kain-kain dia semua cantik belaka! Harga semua boleh tawar sampai kau bosan dan fed up! Hahahaaha....
Pompuan tu cakap bahasa jawa dengan clan dia yg lain, so aku paham la sikit-sikit. Tapi aku balas dendam, aku kacap telabik dengan Shamil, aku siap maki lagi dalam bahasa aku tu! Sebab aku geram! Pompuan tu tumpahkan air teh botol on my phone! Not even say sorry!!! Sundellll sangat!




NI semua dalah keadaan dalam kedai kain tu ok! Kau pilih la! HArga semua boleh kurang! Kualiti memamg terbaik! Kau boleh pilih ikut jenis metarial mana yang ko nak!

*****

Nama tempat ni adalah Pasar Jodoh. Ada 3 toko terbesar di Pasar Jodoh ni. Italy, England, dan Bombay.

Kita orang beli kain-kain tu semua dekat England. Sebab dekat Bombay tersangatlah mahal! Lepas t pekerja dia semua macam kekwat! Pandang kiteorg ni macam tak berduit pulak! Sakit hati kite!

Dekat Italy pulak, pilihan agak terhad. Dan harganya agak sukar untuk ko tawar menawar. Boleh jadi gaduh nanti! Hahaha...

So, dekat England ni, harga semua boleh tawar. Aku berkenan ada 1 kain songket mesin bunga tabur ni! Ya Rabbi...cantiknya la hai! Tapi tu la...duit tak ramai pulak masa tu kan! Aku mampu tengok je! Harga dia IDR 60k je semeter! Lebih kurang RM18 la mcm tu. Tapi memang cantik! So kain-kain kt sini semuanya mmg harga puas hati! Ko nak jenis apa? Prada? Gucci? Lace? Semua la! Semua ada! Yg penting, duit ko tu! Tu jek! Hahahaahaha....

Ending.
Lepas dah settle semua, kite org nak balik ke Batam Centre. So tunggu la angkut kat tempat tadi. Tunggu la angkut pink tu! Damn! Tak tiba pulak! Dah la panas! Lastly kami decide utk naik teksi je! IDR 70k. Lebih kurang RM20 la mcm tu. 

Dalam teksi (mcm uber la ni lebih kurang) tu, aku sembang la dengan supir tu, macam2 topik jugak la. Dari bab politik Jokowi, kemajuan Indonesia, stratifikasi sosial, and mcm2 la. And tergerak nak tnya pasal shopping jugak. Aku agak menyesal bila abg Rizal tu cakap, ada lagi 1 tempat dekat pasar jodoh tu, nama dia Pantun Jodoh. Kat Pantun Jodoh tu ade lagi berlambak kedai kain! Sungguh aku menyesal! Hahaaha... tapi apakandaya, masa sangat suntuk kan! Redha jek la!

**Ok...balik tu kite org beli tiket dar batam ke stulang laut. harga tiket sama RM84. Tapi untung sebab kalau ko beli terus 2 hala Stulang-Batam-Stulang, kau akan kene sport tax RM40 per pax masa kt Batam tu! Rugi tak ko rasa? Kalau ko tanya aku, aku ckp tu rugi! Sekian!
*****

Ok! Setelah penat shopping kain. And Shamil pon dah dapat kain yang dia nak tu, kite org pon x bleh lama-lama sangat sebab memandangkan Shamil dah dapat mesej dari wife dia, dah nak bersalin katanya! Sbb kalau ikot kan, due wife dia another two weeks! Tapi pagi tu dah bleeding rupanya! 

And u know what, elok je kita org masuk dalam feri, Shamil dapat call, wife dia dah selamat bersalin baby kedua, baby girl! Tahniah Fiza and Shamil! Btw, Shamil berani pegi Batam in that time sebab dia yakin wife dia bersalin minggu depan atau lagi 2 minggu, tapi perancangan Allag\h, kita siapa nak menidakkan..betul tak? Pape pon semua selamat...baby and ibunya pon selamat! Alhamdulillah....


*****
Rumusan:
  • Batam adalah tempat tumpuan mak-mak andam untuk cari metarial pengantin!
  • kalau nak kawen, beli la kain banyak-banyak kat sini. Sebab selalu kalau org drg beli, mmg terus sambar 100 meter, 200 meter 4x100 meter! Hahahaha...
  • Lagi banyak kau beli, lagi byk diskon (diskaun) ko akan dapat!
  • Biasanya org dtg beli baju bridesmaid and dulang bous kat sini! Hahaha...
  • harga sangat murah kalau beli secara pukal atau banyak.
  • jenis kain sangat pelbagai!
  • kalau beli banyak, tak kene cukai. Tapi kalau beli berkodi-kodi, mmg layak la kau dicukaikan! Hahahahaah
  • Bila shopping tu kene konfiden! Ko letak je harga yg ko nak tawar tu! Lepas tu ko naikkan la seribu dua (IDR)
  • Passport penting! Jagalah ibarat ko jaga nyawa ko!
  • Kite org pegi balik hari jek! Sebab dekat kan. So x rajin nak tidur sana! Tapi aku bawak je baju kot-kot kene stay ke kan! Well.
  • Makanan kt sana mostly halal, InsyaAllah. Sebab kteorg pon mkn KFC je kt sana sbb dekat dengan terminal tu.
Well....Selamat Becuti!

-The End-








Sunday 1 May 2016

Pengalaman Ngeri Di Vietnam

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Selalunya aku berkongsi dgn kalian cerita2 menarik dan kelakar je kan? Ye la..pasal pengalaman travel aku ni. Hahahaaha... Tapi kali ni..lain sikit. Sebab aku nak kongsi cerita yg agak seram, sedih, dan memilukan. Dan perlu korang semua igt bahawa aku tak ceritakan secara details sebab banyak hati perlu aku jaga. dan banyak nyawa perlu aku ambil kira. Penceritaan aku ini hanya sekadar perkongsian pengalaman aku dan mungkin boleh kalian jadikan sebagai pengajaran semasa travel nanti.
*** 

Kes pemuda mati di bilik hotel di Vietnam tu membuatkan aku terpanggil utk berbicara sepatah dua.
.
Pengalaman aku sendiri di Vietnam tu yg aku gelar "one night in saigon" walaupon kejadian berlaku di HCM...membuatkan aku utk lebih berhati2 semasa melancong.
.
Vietnam tak lagi selamat pada perkiraan aku. Namun ade je kawan2 aku mcm yap yg kerja kt sana... aku harap yap selamat n xde ape2 kejadian buruk yg blaku.
.
Kejadian berlaku beberapa tahun yg lepas yg mana aku berhadapan dgn maut. Selalu kite tgk tv je kan.. main tembak2..main perang2... n on that time aku rasa sendiri mcm mana muncung pistol tu berada melekat di kepala aku. Perasaan tu aku x boleh gambarkan. Yg boleh aku igt... Maut menantiku. Tu sahaja. Mcm mana aku di tengking btol2 depan muka aku, semua tu sgt menghantui aku.
.
Jujur aku katakan.. masa tu aku hanya serahkan semuanya pada Allah. Utk perompak itu... Duit USD..duit dong vietnam semua lesap. Duit ringgit lagi la.. die tinggalkan rm11 je..tu pon sebab singgit2... Anggaran kerugian masa tu hampir rm1k jugak kot. Tp apalah nk bandingkan dgn nyawa aku kan. Aku mmg redha. Amek la aku ckp.. amek semua yg kau nak. Tp lepaskan aku. Semua rundingan dan negosiasi telah aku buat. Tp demi melepaskan rakan2 yg lain..aku mengalah.. aku bertukar tempat apabila aku org pertama yg dilepaskan. Masa tu aku xtau jalan balik hotel. N kwn aku yg lg sorg tau jln hotel dan diarahkan utk cari duit utk lepas atau bebaskan kwn2 yg lain. Sbb aku blurr..
.
Masa tu..kekuatan yg aku ada hanyalah sepotong ayat kursi. Alhamdulillah.. aku masih hafal..x sia2 kena berdiri atas meja masa skolah dulu.. huhu. Aku baca semua ayat lazim yg aku hafal.. 3 qul..4 qul.. semua aku baca... Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.. degup jantung aku mmg dh x stabil. Rasa nk rebah..rasa nk melalak..tp tiada air mata.
.
Aku yakin..Allah beri aku peluang.. bila aku ckp aku akn replace tempat aku dgn kwn aku yg tau jalan ke hotel..and aku bgtau apa yg ptt.. Perompak or pengacu pistol yg ada 3 org..serta 2 org berparang panjang terus setuju. Namun berpatah balik!! Dan terus tolak kami semua keluar. Sambil jerit kasar..get out!! Ko ghase?? Masa tu Allah je yg tau perasaan aku.. kami naik taxi..balik hotel.. n smpai dlm bilik hotel..aku menangis semahunya... Solat taubat.. dan esoknya hari aku suram! Aku x sabar balik Malaysia!
.
Bertahun lamanya.. pengalaman ni aku hanya kongsikan dgn sahabat terdekat dan ahli keluarga sahaja. Sbb terlalu byk perkara aib yg tak boleh aku ceritakan. Kerana terlalu byk hati perlu aku jaga.
.
Kini.. aku ceritakan pada kalian. Bukan utk meraih likes..tp utk peringatan bersama. Utk pengajaran bersama. Utk kau dan aku sama2 igt mengingati.
.
*Sesungguhnya..saat pistol itu di kepala aku.. mataku hanya mampu terpejam rapat.

Thursday 14 April 2016

Escape Plan : Phuket Pt.1

Latest update:: Selepas menempuh perjalanan berbelas2 jam.. Akhirnya kami sampai ke phuket! Dafaq!! Naik bas VIP..yg kononnya dijanjikan wifi! Nan hado ye adek2!! Sedeh!! Xdpt nk share moment2 indah haktuih! Hahahaaha... Bas yg dilabel bas vip itu ibarat bas renggam omnibus atau pon bas gunung lambak. Tekan loceng..benti! Org tahan..benti! Mak die hijau!! Aku kereput dan mereput dlm bas..pejam celik..pejam celik..x sampai2! Hahahaa.... *babi*!

Pukul 2++ pagi..baru smpai basten Phuket.. Nak jimat..stail bekpekes kan... Naik moto..nk ke hotel yg kte org booking.. aku igtkn sorg satu moto.. rupanya.. 3 org (termasuk rider) naik 1 moto!!! Ko ghase??? Lebih 20 mnt...naik moto..3 org!!! Hahahaa... *ni mmg lawak*... Bertambah lawak... dari pekan phuket nk ke patong beach tu... jalan die berbukit... BERBUKIT YE!! Ko ghase...lepas x naik moto 3 org tu?? Sundellllll.... kte org kene turun!!! Tolak moto!! Hahahhaa.... vaviiiiii!!! Aku mmg x bleh blah dh time ni.. asek gelak je!!!

Ok...Dah smpai hotel... hotel tutup!!!!! Wakaakakakaka... mmg jilake!!! Abah die.. hotel ade masa bukak n tutup.. bkn ke 24hours?? Hanjjjj sgt2! Tgu... n call la nombor yg die letak kt meja luar kaunter... nan hadoooo...x berangkat!! Mmg pundek sgt!!! Maka mereput la aku sekali lagi kt depan hotel tu...
Namun...pelangi hadir selepas hujan... Ada 2 org lelaki Malaysia... dtg dpn hotel tu..sbb nk cari wifi..n sembang2 dgn kte org...diorg semua igt kte org xdpt hotel..pd hal..kte org dh booking..tp xde org kt reception tu... Rupanya..diorg pon ade bergaduh dgn recept tu... Sembang punya sembang...diorg pon kasihan... maka diorg pon ajk ktecorg tumpang tdo kt bilik diorg..sbb diorg amek bilik yg cm apartment... Aku dgn x malu.. aku say..Ok! Terus aku angkat beg..aku gerak pg bilik die.. sbb aku dh ngntok teramat sgt!! Pukul 4pg kot baru aku dpt melelapkan mata... Wakakaakakaa....

****
Bangun pagi.. pg la kaunter.. *wah!!! Dah bukak la kaunter die!!* #excited!
Sekali lg... mendung berarak... aku dtg..ckp nk check in.. Blm ape2 die ckp..room full!!! Aku rasa darah aku nk naik time tu..tp maintain..sbb aku kepanatan plus x cukup tdo...
Aku ckp..kite dh buat booking...kt booking.com... tp minah tu cakap...xpe..bolwh cancel!!! *hanattttt* aku ckp laaaa...kn menyusahkan mcm ni..tp die selumber je..x bersalah..sambil scroll fb kt hp die!!! *jilake minah ni*.... Lps tu..die tunjuk hotel lain.. die suggest hotel kt area2 ctu jugak.. ok la.. tp mhl ckit dlm lbh 10bath dr hotel mula2 tu...
Now.. aku tgh pk..nk jln ke nk sambung tido! Penat la gilerrr!!!!!

*thx sape yg sudi baca ni...hahahaah*

P/s:: nti aku nk cari balik bdk2 msia tu..nk tq...sbb masa kte org kluar td..x sempat nk ckp tq...sbb diorg semua membuta lg...
#somewherearound #jalanjalancaripasal #escapeplan #journey #adibstravelog #travelvacay #travel #vacation #eatpraylove #jgnkecamsaya #jgnhencapsaya #jgnckpabgtakpayung #hatersmusthatethis

Ni la bas yg dijanjikan wifi tu! Kalau korang jumpa...korang tolong jgn naik k! Hahahaah


Ni dekat etrol pimp die. Its around 2am in the morning. Gigih nk isi myk. Ntu la moto yg kite org kne tolak kt bukit tu! Wakakakaka....

NI hotel yang menyebabkan aku kene tekanan darah tinggi ti!! Grrrrrr....


Call banyak kali!!! X berangkat!!!! Sendu!!!


Finally... Tropical Inn Hotel yang menjadi pilihan. Alhamdulillah...besar dan selesa bilik dia! Fuhhhh